Temperature Conversion

March 17, 2011

°C = (F – 32) x 5/9

°F = (C x 9/5) + 32

Telah tiba semula

October 15, 2010


HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah, hambaMu datang menyahut panggilanMu


HambaMu datang menyahut panggilanMu, Tidak ada sekutu bagiMu, HambaMu datang menyahut panggilanMu


Sesungguhnya segala pujian


Dan nikmat


Dan pemerintahan adalah kepunyaanMu


Tidak ada sekutu bagiMu

Musim haji telah tiba semula. Setiap kali mendengar bacaan talbiah di atas di radio IKIM.fm dalam perjalanan balik ke rumah, hati akan terasa sayu yang teramat, rindu yang teramat, sehingga terasa air mata bergenang di mata.

Kemas bilik

September 8, 2010

Minggu ni Zuhairah dah start cuti sekolah selama 2 minggu. So, hari isnin bebaru ni dia sibuk buat kuih sarang semut dengan maknya (aku kerja until wednesday). Hari selasa pulak, wife aku kemaskan bilik Zuhairah, and Zuhairah sepatutnya tolong sekali le. Lepas siap kemas bilik Zuhairah, wife aku masuk bilik kitorang, masya Allah! Bersepah, penuh dengan barang-barang Zuhairah (Zuhairah pindahkan dari bilik dia ke bilik kami). Wife aku pun membebellah kat Zuhairah. Apa kata Zuhairah? “Alah, raya nanti kita kuncilah bilik mama and papa, lepas tu kita letak signboard “NO ENTRY. CLEANING IN PROGRESS” Otak memang bergeliga betoi ;-p

Isteri Buat Medical Check-up

May 3, 2010

Hari ni gi temankan isteri buat medical check-up kat Hospital Pakar Annur Hasanah di Bandar Baru Bangi, jumpa Dr Fatimah binti Mustafah.

Hasil scan rahim isteri aku, dah dapat tengok imej anak kedua kami dengan degupan jantungnya sekali, alhamdulillah!

Ni gambar Anakanda Kedua 7 Minggu Dalam Kandungan.

Belajar sesuatu yang baru…

March 15, 2010

Kanak-kanak memang selalu memeranjatkan kita. Ada satu hari tu anak aku tanya aku dan isteri semasa kami dalam perjalanan di dalam kereta: “Papa, Mama, apa makna “fart”?”, aku dan isteri aku pun jawablah yang ia bermaksud “kentut”, tapi dia kata,”Bukan dalam Bahasa Melayu, tapi Bahasa Inggeris”. Aku pun, “Huh? OK, Papa give-up, apa makna fart dalam English.” “OK, makna FART ialah Frequency Actuated Rectal Tremor. Papa, apa makna tremor?” Fuh! Macam-macam kanak-kanak ni belajar dari buku.

Islamic Calendar

January 19, 2010

Mana Milik Kita?

December 21, 2009

Lirik lagu nyanyian kumpulan Nadamurni yang dinyanyikan semula oleh kumpulan Rabbani begitu bermakna. Semuanya milik Allah, kita hanya mengusahakan dan menjalankan amanahNya sahaja, mengapa kita perlu sombong dan mengungkit-ngungkit?

Mana milik kita?

Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Sepuluh Yang Pertengahan

September 3, 2009

Masuk hari ni dah hari ke-13 umat Islam berpuasa, 10 hari yang pertengahan yang mana kita insya Allah boleh mendapat pengampunan dari Allah andai kita memenuhi syarat-syarat orang-orang yang bertaqwa.

Zuhairah pun masuk hari ni masih berpuasa penuh lagi, kuat jugak si-kecik tu. Last year dia miss 2 hari (awal dan akhir ramadhan), tapi tahun ni so far masih cergas lagi.

Sejak start malam ramadhan ni aku memang tak tengok langsung berita jam 8 malam, memang tak sempat nak tengok. Bila balik surau baca online news, kalau laratlah kan.

Stop dululah first posting aku nih… nak sambung buat kerja plak sebelum balik rumah.

Wassalam.

Hello world!

September 3, 2009

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!